Khamis, 14 September 2017

SIAPAKAH PUTERI RATNI GEMALASARI?



Ratni Gemalasari bukan sembarangan puteri raja.
“ Kadang kala kita perlu membuat satu keputusan yang sukar dimengertikan. Beta dibesarkan di istana tetapi bila negara Gemamalada di takluk oleh musuh, beta menjadi tawanan mereka. Beta diperlakukan seperti binatang. Perkara itu sudah lama berlalu tetapi peristiwa yang menimpa beta dan keluarga beta tidak akan di lupai begitu sahaja.
Sekarang beta sudah cukup dewasa. Dalam usia yang sudah cukup matang, beta telah bertemu orang yang menaluki negara beta. Kali ini beta sudah bersedia untuk melunaskan hutang yang tersemat begitu lama. Hutang perlu dibayar kerana dendam tidak mudah terpadam begitu sahaja
.
Namun sebagai manusia, beta tidak dapat menyembunyikan perasaan cinta yang mula tersemat di dalam hati.Cinta itu semakin sehari semakin mekar. Sebagaimana biasa, bila cinta itu di kejar, ia akan lari jauh. Bila kita tidak mengejarnnya ia akan datang dekat dengan kita. Ah! anih sekali tetapi antara dendam dan cinta, ianya harus melalui saluran yang berbeza
.

Banyak yang boleh kita perkatakan tentang perhitungan hidup mati beta yang akan dihuraikan dengan lebih mendalam dalam siri-siri buku Patriot Panglima nanti. Bertemu anda nanti…”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan