Ahad, 6 Ogos 2017


Kisah Pengembaraan Patriot Panglima

Pengembaraan Patriot Panglima mengisahkan impian dan pengharapan seorang anak muda yang mahu melihat alam ini bebas daripada kemusnahan. Iannya satu pengembaraan yang akan memberikan pendedahan kepada pembaca tentang falsafah dan pergertian kehidupan serta amalan-amalan yang baik untuk panduan semua lapisan masyarakat. Ianya tentang kisah yang baik di balas baik dan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal dengan kejahatannya
.
Patriot Panglima ialah kisah  sebuah impian seorang pengembara. Satu penjelajahan fantasi yang menghiburkan!

Siapakah Patriot Panglima ini?
Dia adalah manusia yang luar biasa. Dia mempunyai kebijaksanaan dan kepandaian untuk memberi pembelaan kepada yang memerlukan dan membenters kejahatan demi menjaga alam ini daripada kemusnahan. Itulah dia Patriot Panglima yang dibekalkan dengan ilmu kebatinan dan pertempuran untuk melakukan satu tugas penting yang di arahkan oleh gurunya Rapuh Inderagara
.
Bertemankan rakan karibnya Sang Kancil Putih, Patriot Panglima merantau dari satu negeri ke satu negeri dalam usaha memenuhi permintaan  gurunya itu. Apa yang dijangkanya memang benar-benar berlaku. Pengembaraannya penuh dengan cabaran dan  dugaan. Dia menyahut setiap cabaran itu dengan penuh rasa tanggung jawab. Dia benar-benar memegang amanah daripada gurunya untuk menjadi manusia yang tabah dan menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan segala permasalahan. Patriot Panglima adalah contoh perwatakan seorang wira untuk semua zaman. Dia di sukai oleh semua orang kerana keramahanna dan dia di geruni oleh musuh-musuhnya kerana kepintarannya.
Ketampanan dan keperabadiannya itu telah memikat ramai hati seperti  Puteri Ratni Gemalasari,Ratu Irami, Puteri Terati, Rita Karatika, Puteri Ayu Melori,Cempa Sari, Ratu Kasuna dan juga Tabranu! Siapakah mereka ini? Semuanya akan di perkenalkan kepada pembaca semua dalam siri-siri buku Patriot Panglima . Siapakah yang menjadi pilihan Patriot Panglima?

Namun begitu Patriot Panglima juga terpaksa berhadapan  dengan musuh-musuhnya  yang ganas dan tidak berperikemanusiaan.  Namun setiap pertempuran yang di tempuhi oleh Patriot Panglima telah mematangkan lagi sikap dan perwatakan kepahlawanannya.

Pengembaraan PATRIOT PANGLIMA  dipaparkan dalam 18 siri buku yang memberikan keterujaan untuk membaca. Buku ini dimuatkan dengan falsafah kehidupan dan memberikan penekanan dalam aspek moral, ketinggian budi, hormat menghormati seperti peribahasa ini ‘ mengikut resmi padi semakin tunduk semakin berisi,’atau ‘ menjauhi sifat menipu kerana perbuatan itu boleh merugikan diri sendiri,’ atau nasihat ini,‘hanya orang yang ada keyakinan, kesabaran dan mempunyai hati yang bersih sahaja mampu untuk berjaya di atas dunia ini. Orang jahat yang suka menimbulkan kemusnahan tidak akan bertahan lama. Lambat laun mereka akan musnah juga.’ Nasihat ini adalah untuk memperkuatkan lagi penekanan kepada aspek falsafah pendidikan dan moral yang mewarnai buku ini
.
Buku yang padat dengan aksi dan pertarungan ini adalah hasil  ilham fantasi  Hashim Akob dan watak-watak serta nama tempat yang terdapat  dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia
Apakah keistimewaan pengembaraan Patriot Panglima ini? Ianya dipenuhi dengan elemen-elemen pendidikan, mengormati ketua , mentaati raja dan berbuat baik kepasa semua makhluk
.
Namun begitu, pengembaraan ini tidak pernah sepi daripada bertemu dengan elemen-elemen kejahatan dan kemusnahan.  Yang jahat berada di mana sahaja untuk menunjukkan kekuasaan mereka. Yang jahat akan terus menunjukkan kekuasaan untuk menjadi raja. Patriot Panglima adalah halangan utama kepada penjahat-penjahat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan