Selasa, 15 Ogos 2017


JAUH BERJALAN BANYAK PENGALAMAN - Patriot Panglima
”Setiap pengembaraan itu tentulah mempunyai tujuan tertentu. Hamba bersama Sang Kancil Putih telah diarahkan untuk mencari sesuatu yang hamba sendiri tidak pernah melihatnya. Hamba tidak ada panduan, tidak ada arah cuma yang ada hanya keazaman untuk melaksanakan perintah guru hamba ia itu Rapuh Inderagara.

Berbekalkan Keris Sari Wira Lekuk Sembilan, Seruling Bambu Hitam  Tanjak Tuju Angin dan Bengkong Delima Sakti, hamba bergerak daripada Gua Merapuh dengan penuh harapan untuk bertemu dan mendapatkan apa yang dihajati oleh guru hamba Rapuh Inderagara.

Memangnya halangan begitu banyak sekali. Ada yang menyukai hamba dan tidak kurang juga yang membenci hamba dan rakan hamba Sang Kancil Putih. Rakan hamba ini adalah binatang yang turut dibekalkan dengan  Azimat Tujuh Lapisan Bumi oleh guru hamba.
Setiap halangan dan dugaan itu akan menjadikan ilmu dan kepandaian itu semakin mantap. Sebesar mana sekalipun dugaan, hamba tetap tabah dengan berpegang kepada falsafah mengikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Pesanan hamba, jangan mendongak langit bila ada ilmu yang sedikit kerana kemungkinan orang lain mempunyai ilmu yang lebih hebat daripada kita.


Banyak dugaan yang hamba tempuhi yang tidak dapat diceritakan sekarang. Sertailah hamba mengembara dalam siri pengembaraan melalui Buku Patriot Panglima. Mungkin tidak ramai yang menempuh dugaan yang hebat seperti hamba lalui tetapi yang pastinya kita akan merasai kepusan bila dapat melepasinya sesuatu dugaan dengan kejayaan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan